"Andai Kalian Mengetahui Apa Yang Aku Ketahui, Nescaya Kalian Akan Sedikit Tertawa Dan Banyak Menangis.”(Hadith Riwayat: Bukhari Dan Muslim)..






Friday, 7 July 2017

Aurat Wanita Mahkota Yang Perlu DiPelihara Dan DiJaga KesucianNya


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan yg mencipta segala kejadian. Selawat dan salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabatnya sekalian 

Daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

Aurat adalah kehormatan wanita yang perlu dipelihara dengan sebaik mungkin. Oleh yang demikian setiap wanita perlu mempertahankan kecantikan ini dan bersyukur di atas anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Islam telah pun menggariskan beberapa panduan agar kemuliaan dan kehormatan wanita dapat dijaga dengan baik. Justeru, akan berkongsi dengan pembaca mengenai tafsir Surah an-Nur ayat yang ke-31 yang berbunyi :

“…Dan hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka…”

Sayyid Qutb Rahimahullah telah menukilkan kitab tafsirnya yang terkemuka iaitu Tafsir Fi Zilalil Qur’an bahawa Al-jaib adalah belahan baju di bahagian dada.Khimar adalah kain penutup kepala,leher dan dada untuk menutup godaan-godaan fitnah yang ada padanya.

Janganlah seorang wanita memperlihatkannya kepada mata-mata yang kelaparan, bahkan kepada mata yang sekadar melintas.Orang-orang bertaqwa selalu menjaga diri dari godaan pandangan itu, baik dengan membiarkan orang melihat mahupun mengulanginya lagi.

Kerana kadangkala setelah pandangan tertuju kepada fitnah-fitnah nafsu itu, maka nafsu itu menjadi terpendam dan bergelora. Apatah lagi, jika fitnah-fitnah itu dibiarkan terbuka.

Sesungguhnya Allah tidak ingin menjerumuskan hati-hati orang-orang yang beriman kepada ujian dan musibah seperti ini!

Wanita-wanita mukminat yang mendapatkan peringatan tentang larangan ini dengan hati yang disinari cahaya  Allah tidak akan pernah terlambat meresponnya melalui ketaatan, walaupun secara fitrahnya mereka ingin tampil dengan perhiasan dan kecantikan.

Wanita-wanita pada zaman jahiliyyah sebagaimana yang terjadi pada jahiliyyah moden ini dengan mudah membuka dadanya dihadapan lelaki. Bahkan, leher, bonggol rambut dan anting-anting dibiarkan terbuka atau lebih daripada itu.

Setelah Allah memerintahkan wanita untuk menutupi dadanya dengan khimar serta tidak menampakkan perhiasannya, wanita-wanita mukminat bersikap seperti yang telah digambarkan oleh

‘Aisyah dalam riwayat Bukhari: “Semoga Allah sentiasa merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama. Setelah Allah menurunkan ayat ‘…Dan hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka …’, maka mereka merobek pakaian mereka, kemudian menjadikannya sebagai kain yang menutupi tubuh mereka.”

Safiyyah binti Syaibah berkata:

“Ketika kami berada di sisi ‘Aisyah, kami menyebut-nyebut tentang keistimewaan wanita-wanita Quraisy.Maka, ‘Aisyah pun berkata ‘Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki keistimewaan. Sesungguhnya demi Allah, aku tidak pernah melihat wanita yang lebih utama daripada wanita Ansar. Mereka paling percaya dengan al-Qur’an. Tidak ada wanita yang lebih beriman kepada ayat yang turun terhadap mereka.Ketika turun ayat 31 dari Surah an-Nur, ‘…Dan hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka …’, kaum lelaki dari Ansar segera pulang ke rumah masing-masing untuk membacakan ayat yang turun kepada wanita-wanita mereka. Seorang lelaki membacakan kepada isterinya, anak wanitanya, dan saudarinya, bahkan kepada setiap kerabatnya.


Maka, tidak seorang pun dari wanita itu melainkan bersegera mengambil pakaian mereka, kemudian mengikatnya ke kepala mereka, sebagai pembenaran dan keimanan mereka terhadap ayat yang diturunkan Allah dalam kitabnya.Pada pagi hari, mereka telah berada dibelakang Rasulullah dengan pakaian terikat di kepala seolah-olah di atas mereka ada burung gagak’.”

Islam telah mengangkat citarasa masyarakat Islami dan membersihkan pengiktirafan terhadap kecantikan. Sehingga, bukan lagi tabiat haiwan yang lebih dominan dalam mengukur kecantikan. Namun, tabiat manusiawi telah terbentuk dan terdidik. Kecantikan kerana membuka aurat dan tubuh merupakan kecantikan yang bercitarasa rendah dan darjat bintang, walaupun penuh dengan keserasian dan kesempurnaan.

Sedangkan kecantikan yang berkarakter itulah kecantikan suci yang mengangkat apresiasi seseorang terhadap kecantikan, manjadikannya layak dan sesuai bagi manusia serta meliputinya dengan kebersihan dan kesucian pancaindera dan khayalan.

Demikianlah Islam saat ini membangun apresiasi dalam barisan wanita-wanita mukminat, walaupun citarasa umum telah rosak dikuasi oleh nafsu haiwan dan membuatnya cenderang kepada buka-bukaan, telanjang, dan lepas kendali seperti binatang. Wanita-wanita mukminat itu dengan penuh ketaatan dan kesedaran menutupi bahagian-bahgaian fitnah tubuh mereka, dalam masyarakat yang senang dengan buka-bukaan dan bersolek secara berlebihan serta para wanita bebas merayau dan menggoda lelaki seperti si betina merayu ke kepada si jantan.

Kehormatan dengan penuh rasa malu ini merupakan salah satu langkah berjaga-jaga untuk menjaga individu dan jamaah. Oleh kerana itu, ketika fitnah aman, Al-Qur’an membolehkan untuk meninggalkan perintah itu. Sehingga, dikecualikan para lelaki mahram yang biasanya cenderung tidak tertarik dan biasanya syahwat mereka tidak bangkit..

No comments:

Post a Comment

Silakan Beri Pandangan/Pendapat Anda Yang Baik Dan Bernas DiJadikan Pengajaran Imu Dan Pelajaran..