Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang apabila Allah mengambil kembali nikmat yang telah diberikan kepada hambaNya?
Maka dengan siapa kita akan meminta untuk dikembalikan nikmat tersebut?
Tazkirah kali ini akan membincangkan tentang apa bila Allah menarik nikmat yang telah diberikan kepada hambaNya.
Maka di akhir tazkirah ini kita dapat mengambil manfaat dari segi pengajaran terhadap segala pemberian Allah s.w.t kepada kita dengan menghargainya.
Manusia tanpa pendengaran pasti sukar untuk mendengar sebarang perbicaraan. Apatah lagi mendengar ayat-ayat Allah s.w.t.
Penglihatan jika ia di tarik Allah s.w.t, maka kita tidak akan dapat melihat sekeliling kita apatah lagi peluang kita untuk membaca al-Quran dan sebagainya.
Maka bagaimanakah kita memanfaatkan peluang dan nikmat yang ada ini untuk kita sama-sama gunakannya dan manfaatkannya di atas jalan Allah s.w.t.
MANFAATKAN ANGGOTA DENGAN MENERIMA PERINGATAN
Berdasarkan ayat di atas tadi, Allah menerangkan kepada kita bahawa terdapat golongan yang telah diberikan nikmat anggota tubuh badan seperti mata dan telinga atas tujuan untuk menerima segala peringatan dari Allah s.w.t.
Akan tetapi malangnya mereka ini lebih suka untuk menolak segala seruan dan perintah serta peringatan dari Allah dan RasulNya.
Kenapa? Kerana mereka merasakan semua itu adalah sia-sia dan tidak sesuai untuk diaplikasikan di dunia ini. Tetapi mereka silap.
Apakah kita bersedia jika Allah menarik nikmat-nikmat tersebut? Sedangkan Allah sudah memberinya kepada kita tetapi kita tidak menggunakannya untuk menerima peringatan.
Kita terus ingkar dan ingkar hinggakan kita lupa akan siapa kita di muka bumi ini.
Bukankah kita dalam usaha melahrkan diri kita insan yang mukmin serta professional?
Maka dalam usaha ke arah tersebut perlu untuk kita menilai kembali atas tujuan apa Allah berikan segala nikmat anggota ini kepada kita?
MEMETERAI HATI: HILANG PANDUAN
Seperti lembu yang tidak di ikat, apabila dilepaskan maka ia boleh tersesat jauh tanpa ada sebarang pegangan atau kawalan.
Begitu juga kita. Tali taqwa yang sepatutnya mengikat hati kita dengan Allah s.w.t jika ia hilang maka kita akan sesat.
Itulah akan terjadi jika hati kita dimeterai oleh Allah s.w.t dan disebabkan itu kita gagal untuk menerima sebarang peringatan.
Bahayanya apabila hati dah mula gagal untuk menerima peringatan, maka kita akan terus sesat hingga ke akhir hayat.
PELBAGAI CARA PERINGATAN TETAPI TETAP INGKAR
Ada golongan yang siang malam di beri peringatan. Pebagai cara peringatan disampaikan. Melalui tazkirah, forum, video, papan kenyataan dan sebagainya bagi menyampaikan amanat Allah s.w.t.
Akan tetapi malangnya, peringatan itu seringkali diingkari.
Malah mereka ini tetap berpaling dari peringatan tersebut. Persoalannya, adakah kita tergolong dikalangan golongan tersebut?
Yang apabila diberi peringatan, kita ingkar. Apabila dibacakan amanat-amanat Allah dan RasulNya dia berpaling. Adakah kita sebegitu?
Maka bermuhasabahlah kita dalam memastikan kita tergolong dikalangan umat yang beriman dan beramal soleh.
Apabila peringatan diingkari, maka jangan salahkan sesiapa jika Allah s.w.t menarik kembali nikmat penglihatan dan pendengaran serta memetari hati kita dari sebarang pedoman.
NauzubillahI Min Zalik..
Pengajaran yang boleh diambil :-
1. Manfaatkanlah anggota tubuh badan terutama penglihatan dan pendengaran untuk menerima peringatan dari Allah s.w.t dan RasulNya.
2. Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan kepada kita untuk sentiasa patuh dan taat akan suruhan dan larangan Allah s.w.t.
3. Pastikan hati kita tetap mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w bagi memastikan hati itu tidak dimeterai dari sebarang peringatan.
4. Jangan ingkar atau berpaling tadah kerana Allah s.w.t Maha Berkuasa terhadap sesuatu.
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Jualah Kita Dikembalikan Kelak
Wallahualam
No comments:
Post a Comment
Silakan Beri Pandangan/Pendapat Anda Yang Baik Dan Bernas DiJadikan Pengajaran Imu Dan Pelajaran..